PROGRAM DAN AKTIVITI 2000-2001
 

Aktiviti 
Tarikh
Mula
Tarikh
Akhir
Catatan
1 Kempen Keahlian Khas Mei 2000
2 Kempen Keahlian Kehormat Jun 2000
3 Projek Penanda Buku ( Book Marker) uni-encylopedia:
  • Jualan Ruang Iklan Penanda Buku dan Buku Cenderamata 
  • Pelancaran Majlis Perlancaran  Projek Penanda buku
Mei 2000
Dis 2000
Okt  2000
Mac 2001
4 Majlis Penyampaian Anugerah Masyarakat Penyayang VIP Khas April 2001
5 Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pendidikan Khas Negeri-Negeri April 2001
     


1. Kempen Keahlian khas

Kempen ini sedang dijalankan untuk mendaftar keseluruhan murid-murid Pendidikan Khas dibawah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang berjumlah seramai 418 orang  dari jumlah 27 buah sekolah dan usaha juga dibuat untuk mendaftarkan murid-murid yang berdaftar dibawah PDK Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Atas
2. Kempen Keahlian Kehormat

Kempen Keahlian Kehormat digerakan mengikut peruntukan Fasal 5 (2) Undang-Undang Persatuan Visi Insan Pendidikan Khas Melaka ( VIP Khas ) untuk fungsi masyarakat penyayang terbuka kepada individu-individu dan badan-badan korporat bagi mendapatkan sumbangan bagi membolehkan proses empatisma melalui projek-projek yang akan dijalankan.  Keahlian Kehormat adalah terbahagi kepada lima katogeri iaitu:

a) Ahli Kehormat Hang Tuah
b) Ahli Kehormat Hang Jebat
c) Ahli Kehormat Hang Kasturi
d) Ahli Kehormat Hang Lekir
e) Ahli Kehormat Hang Lekiu
 
Atas
 A     Ahli Kehormat Hang Tuah

 Ahli Kehormat Hang Tuah diwujudkan bagi individu atau badan-badan korporat yang   menyumbang sumbangan lebih dari jumlah RM:100,000,00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Ringgit) samada berbentuk wang ringgit atau harta benda.

           Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

1) Kad  Keahlian Ahli Kehormat Hang Tuah VIP Khas;
2) Sut lengkap Ahli Kehormat Hang Tuah berserta logo VIP Khas;
3) Sijil Ahli Kehormat VIP Khas;
4) Logo kereta VIP Khas - Ahli Kehormat Hang Tuah;
5) Ruang Iklan  dan Senarai Nama mengikut kategori dan keutamaan didalam Buku Cenderamata dan ruang  homepage VIP Khas dan
6) Pencalonan ke Anugerah Masyarakat Penyayang VIP Khas Kelas Pertama.
 
Atas
B.     Ahli Kehormat Hang Jebat

Ahli kehormat Hang Jebat diberi kepada penyumbang-penyumbang yang menyumbang diantara RM:70,000.00 hingga  RM:99,999.00 samada berbentuk wang ringgit atau harta benda.

           Kemudahan-kemudahan  Ahli kehormat Hang Jebat yang disediakan seperti berikut:

           1).    Kad Keahlian Ahli Kehormat Hang Jebat;
           2).    Blazer Ahli Kehormat Hang Jebat berserta Logo VIP Khas;
           3).    Sijil Ahli Kehormat  VIP Khas;
           4).    Logo Kereta VIP Khas  - Ahli Kehormat Hang Jebat;
           5).    Ruang Iklan  dan Senarai Nama Penyumbang mengikut kategori dan
                    Keuatamaan dibuku cenderamata dan ruang homepage VIP Khas
           6).    Pencalonan ke Anugerah Masyarakat Penyayang VIP Khas Kelas Ke Dua.
 
 
  

Atas
C. Ahli Kehormat Hang Kasturi

Ahli Kehormat Hang Kasturi diberi kepada penyumbang yang menyumbang diantara RM:40,000.00 sehingga RM:69,999.00. Kemudahan-kemudahan yang peruntukan adalah seperti berikut

1. Kad Keahlian  Ahli Kehormat  Hang Kasturi;
2. Blazer Ahli Kehormat Hang Kasturi  berserta Logo VIP Khas;
3. Sijil Ahli Kehormat VIP Khas;
4. Logo Kereta VIP Khas – Ahli Kehormat Hang Kasturi;
5. Ruang Iklan dan Senarai  Nama Penyumbang mengikut kategori dan keutamaan dibuku cenderamata  dan ruang homepage VIP Khas dan
6. Pencalonan ke Anugerah Tahunan Masyarakat Penyayang VIP Khas Kelas Ke Tiga.

  
Atas
D. Ahli Kehormat Hang Lekir

Ahli Kehormat Hang Lekir diberikan kepada penyumbang yang menyumbang diantara RM:10,000.00 hingga RM:39,999.99. Berikut adalah kemudahan tang diperuntuk kepada Ahli Kehormat Hang Lekir:

1. Kad Keahlian Ahli Kehormat Hang Lekir;
2. Blazer Ahli Kehormat Hang Lekir berserta Logo VIP Khas.,
3. Sijil Ahli Kehormat VIP Khas.,
4. Logo Kereta VIP Khas _ Ahli Kehormat Hang Lekir
5.    Ruang Iklan dan Senarai Nama Penyumbang mengikut kategori dan
 Keutamaan Dibuku cenderamata dan ruang homepage VIP Khas dan
5. Pencalonan ke Anugerah Tahunan Masyarakat Penyayang VIP Khas Kelas  ke IV

  
Atas
E. Ahli Kehormat Hang Lekiu

Ahli Kehormat Hang Lekiu adalah diberi kepada penyumbang yang menyumbang dibawah RM:10,000.00 dan  peruntukan yang terhak adalah seperti berikut:

1. Kad Keahlian  Ahli Kehormat Hang Lekiu;
2. Sijil Ahli Kehormat;
3. Pelekat kereta berlogo VIP Khas – Ahli Kehormat Hang Lekiu
4. Ruang  iklan dan Senarai Nama Penyumbang mengikut Kategori dan keutamaan didalam buku cenderamata dan ruang homepage VIP Khas dan
5. Pencalonan ke Anugerah Tahunan Masyarakat Penyayang VIP Khas Kelas Ke Lima

  
Atas
3. Program Projek Penanda Buku ( Book Marker)

            Program Projek Penanda Buku  dijangka akan dilancarkan pada  bulan Disember 2000 dan dirancang akan dilancarkan  di Dataran Bersejarah Air Keroh, Melaka oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

            Penanda buku yang bercirikan uni-encylopedia  ini akan diedarkan keseluruh Malaysia  di sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, swasta  dan promosi penganjur-penganjur.  Pada tahap 1 produk ini akan dikeluarkan sebanyak 5 juta unit dengan dua versi bahasa dan dua jenis produk. Kutipan bersih dari program ini dijangka dapat mengumpul dana bersih  lebih kurang sebanyak RM: 2 juta.
 
 
  

Atas
4.  Program Jualan Ruang Iklan Penanda Buku dan Ruang Iklan Buku  Cenderamata

Program Jualan Ruang Iklan Penanda Buku dan Ruang Iklan Buku Cenderamata Perlancaran dimulakan pada bulan Jun 2000.

a).   Ruang Iklan Penanda Buku
       Terdapat 12 petak ruang iklan bagi  Penanda buku dijual dengan harga           RM:0.03 sen seunit.
b).   Jualan Ruang Iklan Buku Cenderamata, saiz dan harga adalah seperti
       berikut:
 
Atas
5.   Anugerah Masyarakat Penyayang VIP Khas

Anugerah Masyarakat Penyayang VIP Khas  diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada penyumbang-penyumbang,  Adalah menjadi harapan Anugerah ini  akan diiktiraf diperingkat Jabatan dan  Kementerian  Kebajikan Masyarakat .   Anugerah ini ini adalah  bagi peransang  kepada nilai-nilai murni masyarakat di dalam konsep Masyarakat Penyayang. Anugerah ini  diberi setiap tahun pada ulang  tahun  VIP Khas. Anugerah ini terbahagi kepada lima ketegori iaitu:

6. Penyampaian Sumbangan VIP Khas Kepada Pendidikan Khas Negeri-Negeri

Sumbangan VIP Khas kepada Pendidikan Khas Negeri telah dipersetujui melalui kertas kerja Penanda Buku iaitu untuk menyumbang sebanyak 7 peratus dari hasil kitipan.  Penyampaian sumbangan ini dijangka akan dibuat melalui road-tour ke Negeri-Negeri atau di satu majlis yang akan ditetapkan. 

Atas
Hadapan
Home
Visi, Misi, Objektif
Vison, Mission,Objective
Penggerak Utama
Prime Movers
Definasi
Definition
Statistik
Statistics
Pengenalan
Introduction
Struktur
Structure
Sejarah
History
Aktiviti
Activities
Idealisme
Idealism