![]() |
![]() |
PENGENALAN
Persatuan Visi Insan Pendidikan Khas Melaka (VIP Khas) telah didaftarkan pada 15 November 1999 sebagai pertubuhan bukan kerajaan dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan mengikut Seksyen 11, Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Mac 2000.
VIP Khas diwujudkan sebagai satu forum bagi memantau perancangan dan inisiatif berkonsepkan empatisma kepada kanak-kanak istimewa melalui prinsip-prinsip nilai murni demi memandu mereka mengecapi keseimbangan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka pada masa hadapan.
Dengan penguasaan ilmu dan
permuafakatan, VIP Khas akan dapat merancang dan menjalankan program-program
berwawasan di samping sokongan semua pihak, insan istimewa sama-sama akan
dapat menyumbang kepada pembangunan negara..
SIAPA " INSAN PENDIDIKAN KHAS"
Merujuk kepada mereka yang perlu diberi bimbingan khas secara individu dan terancang untuk mengembangkan bakat dan kebolehan mereka seobtima mungkin.
Menurut kajian Persatuan
Kesihatan Antarabangsa, peratus mereka yang terbabit di negara ini adalah
10% dari rakyat Malaysia manakala yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan
Malaysia hanya sekitar 12 000 orang sahaja bagi tahun 2000.
KEAHLIAN VIP Khas
Pada masa ini ada tiga kategori keahlian iaitu:-
Ahli Biasa
Ahli Khas