Persatuan Visi Insan Pendidikan Khas Melaka (VIP Khas) diwujudkan berobjektifkan kepada kakak-kanak bermasalah pembelajaran pelajar Pendidikan Khas yang juga dikategorikan sebagai insan istimewa. Menyedari hakikat bahawa insan istimewa juga akan mampu menyumbang kepada pembangunan negara jika ada inisiatif berkonsepkan empatisma difokuskan. Pemupukan dari peringkat awal adalah sewajarnya bagi memandu golongan ini mengecapi keseimbangan moral hidup mereka pada masa hadapan.
Mendapati bahawa beberapa permasalahan yang dikenal pasti, yang mana antaranya faktor seperti berikut:
1. Masalah untuk mendapatkan pengesanan dan pengesahan dari aspek perubatan, yang mana kelazimannya penjaga terpaksa untuk mendapatkan pengesahan di hospital pepusatan daerah atau negeri di mana proses pengesahan itu memakan masa beberapa hari untuk mendapatkan giliran pengesahan pakar-pakar.Atas kesedaran ini, satu kerjasama telah dibentuk diantara guru-guru dan ibubapa murid-murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Datok Naning pada 1hb. Oktober 1999 bagi menubuhkan Visi Insan Pendidikan Khas Melaka (VIP Khas) dengan meluluskan deraf perlaksanaan dan program-program aktiviti yang akan dijalankan.2. Masalah penempatan juga menjadi satu masalah, banyak kedapatan murid-murid gagal hadir ke sekolah di sebabkan jarak dari tempat tinggal, pengangkutan adalah masalah utama ketidak hadiran murid kesekolah, ada setengah pelajar terpaksa bertukar bas untuk sampai kesekolah dan ditemani oleh ibu atau bapa mereka. Ini disebabkan pada masa ini, di Melaka hanya terdapat 27 buah sekolah rendah dan menengah yang mempunyai penempatan Pendidikan Khas.
3. Mendapati Pendidikan Khas masih lagi dianggap sama dengan pendidikan biasa. Seharusnya pembentukan dari segi pembelajaran mempunyai geran yang berasingan dan memerlukan kos yang agak tinggi.
4. Terdapat banyak insan istimewa yang tidak terurus dan terbiar setelah tamat persekolahan dan apabila mereka dewasa.
Berkat dari permaufakatan
itu VIP Khas telah didaftarkan pada 15hb. November 1999 dan diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 28hb. Mac 2000. Persatuan
ini bukanlah mempunyai motif pendesak sebaliknya membantu kerajaan dalam
usaha falsafah Masyarakat Penyayang.